Sikap dan Kemiskinan Melayu pada 1840-an (Milenia Muslim Mei 2010)

(Sedang mencari-cari bahan untuk penulisan, lalu terjumpa naskhah lama majalah Milenia Muslim Mei 2010. Suka untuk saya berkongsi artikel ini dengan sahabat-sahabat di luar sana. Kredit kepada Milenia Muslim!)

“Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”

Kata-kata Munshi Abdullah bin Abdul Kadir ini dipetik dari bukunya yang bertajuk Kisah Pelayaran Abdullah yang mendedahkan kemiskinan orang Melayu. Ketika itu ramai yang marah kerana kelancangan Abdullah. Watak seperti Munshi Abdullah sering kali tidak popular, menjadi tohmahan dan dilupai oleh sejarah.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa sejak kurun ke-18 orang Melayu sudah mula dikritik oleh bangsanya sendiri. Abdullah bin Abdul Kadir atau Abdullah Munsyi (1796-1854) adalah di antara pengkritik awal masyarakat Melayu. Bukunya Hikayat Abdullah (1840-an) mengandungi pandangan beliau mengenai beberapa adat, kepercayaan, budaya kerja dan pemikiran masyarakat Melayu yang difikirkannya kolot sebagai penyebab kepada kemunduran bangsa Melayu.

Munshi Abdullah dalam buku-buku Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah turut membuat kritikan yang pedas terhadap orang Melayu pada penghujung abad ke-19. Beliau menegur kelemahan orang Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu pengetahuan di kalangan mereka, cara hidup mereka, sehinggalah episod perpecahan di kalangan mereka.

Abdullah tidak sahaja mengkritik tetapi memberikan cadangan bagaimana kehidupan orang Melayu dapat diperbaiki. Munsyi Abdullah memberikan pandangan bagaimana mahu mengeluarkan orang Melayu daripada kelemahan mereka. Abdullah turun ke lapangan, belayar ke negeri-negeri Melayu, melawan ombak, mengharungi ancaman lanun dan perang saudara bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu ketika itu. Kisah Pelayaran Abdullah bukan sekadar catatan perjalanan tetapi juga dimuatkan keinsafan dan nasihat tentang nasib orang Melayu. Abdullah menjadi pengkritik bangsa yang berterus-terang dan konstruktif. Malangnya hari ini ada di kalangan orang Melayu sendiri, mereka yang duduk dalam keselesaan dan kemewahan, yang tidak pernah merasa kesusahan dan penderitaan rakyat, mahu menjadi juara bagi pihak rakyat.

Nota Kaki: Cerita Munsyi Abdullah secara tidak langsung mengukuhkan kepercayaan kepada pekerjaan akar umbi yang saya sedang lakukan hari ini.

Advertisements

10 Komen

Filed under Isu

10 responses to “Sikap dan Kemiskinan Melayu pada 1840-an (Milenia Muslim Mei 2010)

  1. munsyi abdullah.. penterjemah kijab injil ke dalam bahasa melayu??~~

  2. haziqahnasirah

    Ya. Selepas membaca Milenia, saya pernah Google dan menjumpai hasil yg sama – penterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.

  3. btol…tp amik iktibar dari penulisannya yang membina…sb sejarah mengajar kita agar x mengulangi kesilapan

  4. sarap

    beliau bukan menterjemah secara terus tetapi membetulkan terjemahan yang dibuat oleh paderi tersebut kerana beliau amat marah jika bahasa melayu tidak digunakan dengan betul

  5. bibo

    Munsyi abdullah ni mamak penipu, balaci inggeris putar belit sejarah melayu untuk melingkopkan bangsa melayu.

  6. haziqahnasirah

    Eryna: Saya setuju. Mana yang betul dijadikan teladan, yang salah dijadikan sempadan.

    Sarap: Seandainya saya berpeluang untuk mengkaji lebih dalam, baru saya dapat mengia atau menidakkan persoalan saudara, Selagi itu, ianya kekal persoalan buat kita.

    Bibo: Komen anda sedikit keras. Tapi, sejarah itu adalah hal lama yang telah menjadi lembaran buku (sebahagiannya tak didendang). Jadi, ia bergantung kepada pentafsiran masing-masing.

  7. amrullah

    satu kritikan yang hebat….

  8. alia

    Saya ada baca buku tentang negeei Perlis dan Kedah.Dalam buku tersebut ada menceritakan tentang sikap sultan dan elit-elit melayu yang tidak mahu rakyat biasa lebih kaya daripada mereka.Sebab itulah orang Melayu miskin.

  9. suhana

    sedang mencari buku ini..boleh sy thu dimana boleh sy beli…tq.

  10. Salam,

    Nama Munsyi Abdullah seingat saya mula dikenali sejak darjah dua (1988) bila saya yang baru mula pandai membaca sibuk menyelongkar khazanah buku bapa saudara.

    Disebut oleh guru subjek Alam dan Manusia masa darjah enam (1992) dan ada sedikit perbincangan kemudian dilupakan.

    Perbincangan hangat kembali ketika di Tingkatan 6 Atas dengan perbincangan yang lebih matang disertai bimbingan method oleh guru Sejarah, Bahasa Melayu dan Pengajian Am. Kemudian seusai STPM kembali dilupakan.

    Tahun 2013 baru aku berjumpa naskah Hikayat Abdullah di Perpustakaan Negara.

    Sampai sekarang masih mencari naskah Hikayat Pelayaran Abdullah…

    Ramlan bin Ramli
    Penjara Sungai Buloh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s