Hobi Mengumpul dan Menyimpan

Tahun 2011 telah menjengah. Apa ada pada 2011 kalau bukan hanya 1 nombor yang bertambah pada rumah ‘sa’. Tiada sambutan seperti biasa. Cuma sesi imbas kembali dan muhasabah diri.

Tahun berganti, tapi hobi saya yang tak ramai orang tahu tetap tak berubah. Mengumpul barang-barang dan menyimpan pelbagai macam benda. Bagi saya, tiket bas yang bernilai RM1 adalah cukup sentimental dan punya cerita sendiri. Apatah lagi SMS yang menyimpan kata-kata semangat khususnya dari Mak yang saya tidak padam-padam sejak tahun 2006! Tiket-tiket bas, boarding pass dan tiket-tiket wayang masih tersimpan elok dalam buku koleksi.

Setiap tiket punya cerita sendiri. Tiket bas ekspres bertarikh 6 Disember 2009 mengingatkan saya kepada sesi temuduga di Menara UEM untuk internship di Khazanah Nasional bersama Mas dan Pali. Tiket bertarikh 12/12/2009 dari Kluang ke JB adalah hari saya menghadiri ujian PTD di INTAN Kluang.

Kumpul tiket memang seronok. Simpan SMS pun menjadikan saya terus menerus ingat akan pesanan dari orang yang berada di keliling saya. Cuma, tahun ini mungkin saya perlu belajar bagaimana untuk MENYIMPAN WANG!!! 🙂

Advertisements

2 Komen

Filed under Isu

2 responses to “Hobi Mengumpul dan Menyimpan

  1. fiqa

    sy jg punya hobi menyimpan barang2….tapi hobi sy nie slalu kena kutuk…adik2,kazen2 n my mother pon ckp yg sy suka kumpul sampah…bukan setakat tiket bas….bahkan tin minuman,bekas mister potato pon sy simpan….hah mcm mana tue?

  2. haziqahnasirah

    Fiqa.. itu yang dipanggil “kegilaan”… kebetulannya, akak pun pernah berdepan situasi yang sama. Suratkhabar semasa Iraq diserang dan Afghanistan diserang akak kumpul sampai menggunung kat rumah, maka habis kena amuk sebab bersepah. Terpaksa gunting dan ambil mana yang perlu. Sampai hari ni, keratan-keratan tu ada lagi. Ada kes, akak terpaksa mogok makan sebab suratkhabar Utusan Melayu (Edisi terakhir Jawi yang lama)mak akak pergi hantar recycle! Tuntasnya, jadilah diri kita dan buat apa yang kita minat. Orang di sekeliling akan menyokong kemudian…. hehehehe… Fiqa ada sokongan akak! 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s