Maksud “Pacal yang Hina”

Saat ini betapa saya rasakan alangkah ceteknya ilmu yang saya ada kerana terus terangnya, sepanjang 24 tahun 1 bulan 30 hari hidup saya, baru hari ini saya mengerti maksud “Pacal yang Hina”. Artikel yang saya perolehi di bawah ini bisa menjelaskan segala. Selamat membaca kepada mereka yang mencintai ilmu!

Projek pembodohan orang Melayu (Hishamuddin Rais, 4 Disember 2009, MalaysiaKini.)

 Rujukan: http://www.malaysiakini.com/columns/119183

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili orang Melayu. Dakwaan ini sebenarnya satu dongeng yang sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini sebahagian daripada strategi politik United Malays National Organisation. Selama lebih 50 tahun, proses pembodohan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini, mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Pada zaman feudal dahulu, orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini.

Dakwaan ini semuanya dongeng. Semua ini sebahagian daripada projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri daripada gerombolan ini.

Manusia yang berfikir akan berupaya untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat; ada pula yang amat jelas dan dapat dilihat dengan mudah. Projek pembodohan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara pertama:

Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan – orang Cina. Kaum ini dijadikan “momok” untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang Cina. Racun membenci Cina telah memandulkan fikrah Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong Cina.

Para cukong yang mengaut harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation – kerjasama mereka ini seperti hubungan abang dengan adik.

Cuba kita kembali kepada kes bank Bumiputera Malaysia Finance (BMF) yang lingkup pada tahun 1980-an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul; kemudian diikuti nama George Tan. Siapakah Lorraine Osman? Dia ini tidak lain dan tidak bukan bendahari gerombolan sendiri!

Skandal bilion ringgit ini hanyalah satu contoh daripada berjuta-juta contoh lain – belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun, Perwaja, Formula 1, Piala Monsoon, KLCC – wujud kerjasama antara gerombolan dengan “orang asing” ini untuk menjarah hasil negara.

Cara kedua:

Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Dakwaan ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan, menentang atau mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab, banyak raja telah dicampakkan dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk (Mesir), Raja Idris (Libya), Raja Bagi Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi (Iran) – semuanya dihumbankan.

Justeru, menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?

Kenapa orang Melayu boleh dibodohkan sebegini? Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan?

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion dikatakan menentang Islam. Dakwaan ini juga projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkutpautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam wujud 1,500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988. Manusia Melayu menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malays National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini wakil tuhan di atas bumi ini. Dakwaan ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan di atas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organisation untuk menjadi wakilnya. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik pope, sami, dalai, ayatollah, paderi, rabbai untuk menjadi wakilnya.

Apa yang terjadi, para agamawan ini orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran daripada kitab-kitab suci. Semua mereka hanyalah manusia yang sama seperti makcik dan pakcik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh berfikir dan berilmu.

Ahkirnya:

Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ertinya, ia menjadi sebahagian daripada proses pembudayaan fikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media menjadi dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu – jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu – amat ketara perbezaan kandungannya.

Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Begitu juga kaedah pembelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru, ibu bapa dalam masyarakat Cina tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu.

Mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama, makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Cina.

Di sekolah aliran bukan Melayu, masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar berfikir, bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil daripada projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah; apa yang hak dan apa yang batil.

Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu. Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah, malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah.

Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh gagal melihat pembunuh, penculik, pengambil rasuah – ini semua bukan pekerjaan salah.

Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu sebagai baik dan suci kerana ia dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.

 
Advertisements

6 Komen

Filed under Isu

6 responses to “Maksud “Pacal yang Hina”

  1. Dah sememangnya lumrah manusia, nak buat macam mana? “Budaya” pada awalnya iala perbuatan atau hal-hal yang dilakukan mingikut kepercayaan manusia. Contohnya pepatah orang tua, ‘Kelua orang bujang sedang masak dilarang menyanyi kerana dapat berkawin dengan orang tua’. Pada pendapat saya ini terjadi secara kebetulan saja. memendangkan dah ramai yang kawin tua, dan sememangnya orang yang gemar menyanyi, memasak pun menyanyi juga. Bila orang dulu-dulu memerhatikan tiap orang yang berkawin dengan orang tau adalah suka menyayi di dapur apabila dia sedang masak. Terutamanya gadis. Jadi mereka pun membuat andaian seperti itu. pendapat saya lagi dia melarang orang yang masak itu menyanyi sebab nanati air liurnya akan terpecik ke dalam masakannya. Bagi mengilakan orang yang ditegur itu rasa malu, mereka mengatakalah seperti pepata itu. Bagitulah juga kejadianya dengan budaya. Pada mulahnya hanyalah hiburan mereka, apabila ia diturunkan sehingga ke anak cucu, cicit dan sempai sekarang akhirnya jadilah budaya. perkara yang selalalu dilakukan mengikut kaum dan diajar secara turun-tumurun dan dipraktikan sehingga sekarang. Kita menamakannya “budaya.” Wlau apapun ia, kita tidak boleh melawan arus deras, Apa kata orang, ” bak kata pepatah, umpama timun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.
    Jadi ikut ajelah apa durian tu nak kalau tak mau luka

  2. Dah sememangnya lumrah manusia, nak buat macam mana? “Budaya” pada awalnya ialah perbuatan atau hal-hal yang dilakukan mengikut kepercayaan manusia. Contohnya pepatah orang tua, ‘Kelua orang bujang sedang masak dilarang menyanyi kerana dapat berkawin dengan orang tua’. Pada pendapat saya ini terjadi secara kebetulan saja. memendangkan dah ramai yang kawin dengan pasangan tua, dan sememangnya orang yang gemar menyanyi, memasak pun menyanyi juga. Bila orang dulu-dulu memerhatikan, kebanyakan orang yang berkawin dengan orang tau adalah suka menyayi di dapur apabila dia sedang masak. Terutamanya gadis. Jadi mereka pun membuat andaian seperti itu. pendapat saya lagi, dia melarang orang yang masak itu menyanyi sebab nanti air liurnya akan terpercik ke dalam masakannya. Bagi mengilakan orang yang ditegur itu rasa malu, mereka mengatakalah seperti pepata itu, dan terbawa-bawa sehingga kini. Bagitulah juga kejadianya dengan budaya. Pada mulahnya hanyalah hiburan mereka, apabila ia diturunkan sehingga ke anak cucu, cicit dan sampai sekarang akhirnya jadilah budaya. perkara yang selalu dilakukan mengikut kaum dan diajar secara turun-tumurun dan dipraktikan sehingga sekarang yang dinamakan”budaya.” Walau apapun ia, kita tidak boleh melawan arus deras, Apa kata orang, ” bak kata pepatah, umpama timun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.
    Jadi ikut ajelah apa durian tu nak kalau tak mau terluka.

  3. nik

    teruskan menulis..
    saya suka pada penulisan…
    saya dari kecil di mindakan dengan mengkaji bahasa 2 yang salah dan tidak sepatutnya di gunakan dalam kehidupan umat islam..seperti istilah patik, dan lain2…

    ada satu lagi istilah sembahyang…..islam tidak menyebut sambahyang tapi menyebut solat..sembahyang bahasa nya yang membawa maksud menyembah dewa..istilah ini di gunakan sebelum kedatangan islam ke tanah melayu…di aman ketika itu pengaruh hindu sangat kuat dan melayu sendiri kaya dehgan permainan,budaya,kepercayaan syirik…sembahayang adalah upacara penyembahan dewa YANG pada ketika itu dan ianya menjadi uapacara besar rakyat dan juga istana pada waktu itu…….

  4. john labu

    jangan gelojoh dengan ilmu yg sedikit .. Bagaimana Hishamuddin mengaitkan projek ‘pembodohan melayu’ itu dengan menyebut ‘patik dan pacal’ ada kena mengena dengan hasil kerja Umno, ?? walhal sistem beraja di malaysia sudah wujud sebelum kedatangan Islam lebih 500 tahun dulu, sedangkan Umno hanya muncul era 1940an, Nampaknya Hisham kurang cermat dlm penulisan menghasutya…

  5. john labu

    Hishamuddin pada era 70an telah dibuang negeri kerana berhaluan kiri, dan lama membawa diri keluar negara, ntah di mana?? tapi skrg muncul utk membalas dendam kpd umno yg tak bagi ‘muka’ kpdnya suatu masa lalu, dendam kesumatnya saling tak tumpah spt dendam Anwar Ibrahim pada kerajaan skrg ni…

  6. ¡Buenas noches!.Me gustaría dar un enorme aprobado por la gran información que tenemos aquí en este sitio . Voy a volver muy pronto a divertime con esta web.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s